Powered By Blogger

Selasa, 20 Ogos 2019

First day in UiTM

Aku memang dah target dah nak masuk UiTM PG masa habis spm sebabnya ialah..

1) UiTM PG antara Uni yang baru jugak bukak, so facilities dia masih baru lagi dan tempat memang lawa.

2) Ada subjek yang aku minat dalam kos perniagaan pengangkutan. Aku memang minat perakaunan. So aku apply lah kos tu.

3) Rumah aku memang dekat PG. Setiap minggu aku balik. Cun!

4) Setiap rumah ada tandas sendiri. Tak payah keluar-keluar rumah macam dekat asrama tu.

5) Setiap rumah ada 4 bilik. Setiap bilik ada 2 katil. Memang selesa!




Big boss tengah busy betulkan kunci robok.

Ini ialah meja belajar aku. Jam memang wajib ada. Waktu aku belajar, aku memang letak pokok bahagian atas robok  belajar.  Tak ada lah semak sangat.

Bola Jaring court .

Masa First-first datang Uni :

Aku :  Bestnya! aku nak main bola jaring setiap minggu lah lepasni!
Kakak: ye lah tu!

Hahahahah.. aku langsung tak main okey sampailah habis sem padahal court tu kosong nak mampus. Korang boleh je nak pinjam bola dekat unit sukan. Tulis nama  dan tinggalkan kad matrik korang dekat orang yang jaga unit sukan tu.


Rumah ALLAH SWT :)

Nanti masa hari pendaftaran. Korang akan dapat kad aku pegang tu pastu dia bagi nombor rumah dengn bilik korang. Aku dapat Salsabilah 2, rumah 305, bilik3. Macam gitulah.



















































Selasa, 23 Julai 2019

Suka duka mengambil lesen memandu

Aku gagal 2 kali kot masa ambil lesen kereta D2 (manual) dekat Johor. Nampak macam mudah je orang lain  yang ambil lesen kereta ni kan?

Aku je ke yang rasa nak ambil lesen kereta nie susah?

Masa nak ambil lesen kereta tahun lepas, aku rasa macam malas je nak pergi belajar memandu. Aku langsung tak ada hati nak ambil tahu pasal latihan memandu sebelum tu. Pergi dan ambil je ujian memandu tu. Teruk kan? sebab tu lah aku boleh gagal. Tak ada minat ! Sebelum aku belajar memandu dekat litar, aku kena datang kelas belajar memandu. Belajar pasal undang- undang jalan raya. Lepas seminggu, baru ambil ujian komputer. Bila dah lulus baru boleh belajar memandu di litar dan jalan raya.

Dah lah tak ada experience bawak kereta. Pastu, boleh pulak ayah aku ambilkan lesen manual. Rumah aku dah lah tak ada kereta manual. Aku tak tahu pulak yang ambil lesen manual nie susah  kalau aku tahu dah lama dah aku ambil lesen auto.  

Nampak benda yang aku bulat tu. Tu namanya brek bahagian penumpang. 
Ada satu hari tu kan, aku pelik lah kenapa kereta yang aku pandu tu selalu brek bila masuk simpang padahal aku tak tekan brek pun. Rupanya cikgu aku yang tolong tekankan brek. huhu


First time pegang stereng.
Aku cakap lah aku tak ada experience bawak kereta pada cikgu sebab tiba-tiba cikgu suruh aku pandu kereta. Terkejut beruk aku kat situ. Aku pun bawak lah macam cikgu suruh. Aku pandu kereta slow macam siput sedut. 


Ini namanya RPK ya. Korang kena sebut kompenen satu2 depan JPJ waktu ujian nanti.

GAGAL UJIAN KALI PERTAMA 


Kenapa aku boleh gagal ujian pertama ni ialah sebab aku tak yakin yang aku boleh buat. Aku lupa tanda waktu nak parking dengan nak buat 3 penjuru. Kenapa aku boleh lupa ialah sebab aku ambil ujian ni 2 minggu lepas raya sebab tak ready lagi :'). (Aku selalu practice bawak kereta dekat taman Rinting tetapi ujian JPJ dekat taman Perling) tempat dia lain giler, aku terkejut beruk dekat situ.  

Aku kena datang tempat nie (taman Perling) awal pagi sebab kena naik van dari  pusat memandu aku belajar (sampai sekarang aku allergies nak pergi tempat nie sebab malu punya pasal) huhu. Van tu gerak dalam pukul 8.00 dan sampai dekat sana dalam pukul 9.00. Calon memandu kena tunggu dalam pukul 12.00 untuk ujian litar dalam bilik menunggu sebab tempat aku tu ramai giler orang.

Bila nama aku kena panggil je, aku terus naik kereta yang diorang dah susun sederet. Aku gementar giler sebab tak yakin yang aku boleh lulus. Pastu, boleh pulak hujan waktu tu. Aku lagilah gementar. Kereta yang aku pandu tu masyaallah, macam tak suka aku je tau!. Kejap mati, kejap hidup (First time bawak kereta Axia selalunya kereta kancil). So, enjin dia ada lain sikit lah. Enjin kereta Axia nie tak dengar sangat bunyi enjin dia, so aku tak pasti kereta nie hidup ke tak hidup sebenarnya. haih

Masa aku naik bukit tu, alhamdulilah lulus. Masa parking tu aku gagal sebab aku keep pusingkan stereng (aku lupa berapa kali aku dah pusing) . Ni kes aku ingat aku dah pro sangatlah kot sampai tak ikut sangat ape yang cikgu ajar. Aku follow aku punya gerak hati sebab aku lupa tanda. Aku gagal sebab tayar aku naik ada divider wey. hahaha. Sedih giler lah waktu tu sebab aku kena ulang lagi. Dahlah minggu depan aku dah kena masuk universiti. Bertambahlah beban di bahu aku tu.

Dah gagal tu, aku ada ujian jalan raya pulak. Nasib baik lulus sebab aku agak confident bila tang jalan raya. tang litar kelautt.

GAGAL UJIAN KALI KEDUA



Aku gagal kali nie sebab

aku rasa tak confident langsung siap cakap dengan ayah aku yang aku tak nak ambil lagi lesen kereta. Biarlah aku tak ada lesen sampai mati. hahh engkau sampai macam gitur sekali. Aku dah fed  up sebab ayah aku yang bayar kan. Kalau pakai duit aku tak ada sangat perasaan  guilty tu.

Aku tak nak ambil tapi ayah aku cakap.

"Nanti bila Sofea balik cuti je, terus ambil lagi ujian JPJ. Ayah bawak pergi pusat memandu sabtu nie"

Terus terang aku paling benci bila dengar ayat nie. Aku ingat bila dah cuti ni bolehlah rehat kan jiwa tapi apa kan daya. Setiap malam sebelum tidur aku akan termimpi-mimpi yang aku tengah drive kereta pastu naik bukit lah bagai. Lmao. Depression jugak lah sekejap sebab stress. haha

Aku pergi jugaklah belajar tapi masalahnya aku belajar dekat litar (taman Rinting) bukannya dekat (taman Perling) *tempat yang aku lupa tanda tu.

(taman Perling - tempat untuk ujian JPJ)

Macam biasa aku naik van lepastu kena tunggu sampai nama kena panggil. Tapi kali nie, kena tunggu sampai pukul 2.00 petang. hmm. Mereput aku dekat situ. Aku orang kedua kena panggil dengan JPJ. Aku terus pergi masuk kereta pastu aku panik giler sebab waktu nak naik bukit kereta tu asyik mati. Tekan mati. Tekan mati. Tekan mati. Clutch dia rendah. Lepas je enjin dia hidup, aku terus naik atas bukit. Nak turun bukit tu yang masaalahnya. Aku follow cikgu aku cakap supaya tak payah tekan minyak bila nak turun bukit ( means tak payah seimbangkan minyak dengan clutch). Just lepaskan clutch slow-slow je.

Bila aku buat macam gitur je, kereta tu terus mati. Kereta tu memang nak cari pasal dengan aku kot.
Masa latihan menjadi pulak, waktu JPJ tak menjadi. Dekat tengah-tengah bukit aku dok menengok muka JPJ perempuan tu yang garang semacam tu sambil  kaki lepaskan clutch perlahan-perlahan. Mengigil-gigil aku. Aku tak faham kenapa aku mengigil-gigil macam gitu sekali. haha

Sama jugak. kereta tu mati jee! Pastu aku kena keluar kereta sebab lama sangat (means dah gagal) Malu hanya Allah swt je yang tahu.

Aku terus rasa down. Nak nangis pun tak mampu dah.


LULUS UJIAN PADA KALI KETIGA 


Lama betul kan aku nak lulus ujian JPJ ni? setelah berapa kali renew lesen L .haih. Terus terang aku memang tak nak dah ambil ujian JPJ untuk kali ketiga nie, tapi kena paksa jugak ambil. Aku terus cakap pada ayah aku yang aku boleh ambil lagi tapi tunggu aku ready dulu. Lama jugak lah aku nak ready tu. Ayah  yang aku tak habis-habis tanya bila nak habis. Aku terus swing kan soalan ayah aku tu. haihh

Bila cuti sem je aku terus ambil lah walaupun aku dah tawar hati. cewoh. Kali nie aku memang tak nak ulang lagi dah kalau lepas nie gagal.  Jiwa dan raga aku dah penat. Kali nie aku memang nak lulus tak ada istilah gagal lagi dalam hidup aku. Hidup kita nie kenalah selalu move on baru boleh berjaya.

Alhamdulilah kali nie aku belajar dekat tempat yang sama dengan tempat  ujian JPJ aku nanti (Taman Perling). yeahh! Kali nie aku serius. Sehari sebelum JPJ tu aku dah hafal setiap step. Aku siap buat note lagi. Aku baca yassin pagi tu dengan surah pendek nie.

Dalam pukul 11.00 pagi, JPJ dah suruh aku bawak kereta. Cepat sebab tak ramai orang kali nie. Aku jadi orang yang second last bawak kereta. Masa duk menunggu nama aku kena panggil. Aku dah target dah kereta mana yang aku tak nak bawak sebab clutch dia rendah ( Means angkat sikit je clucth kereta dah boleh jalan tapi kena tekan minyak sikit supaya enjin tak mati.)( Bila korang angkat clutch banyak- banyak, kereta akan mati). Aku baru faham istilah clutch nie :'). Kereta clutch rendah tempat aku tu warna dia warna biru cair bukan warna putih.

Tapi malangnya aku dapat kereta warna biru cair tu. haha. Kali nie aku tak mengigil langsung. Aku bawak kereta naik bukit macam biasa walaupun kereta tu mengaum lain macam. Aku berjaya turun bukit lepas berjaya imbangkan minyak kereta. Tip dia jangan pandang muka JPJ langsung waktu nie. Baru tak gementar.

 Parking pass.
Tiga penjuru pass.
S memang sah-sah memang akan pass.
Z pun pass.

Alhamdulilah lulus akhirnya. Macam tak percaya  je  masa tu yang aku dah lulus. wohoo.

Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) (BA117) (Latest Update)



Bidang pengajian perniagaan di UiTM ni ada banyak cabang. Yang pertama, perniagaan (Perbankan), perniagaan (insurans), perniagaan (pengangkutan), perniagaan dan lain-lain. Ikut bidang yang korang minat dalam perniagaan baru boleh score nanti. 

Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) di UiTM hanya mengambil masa sebanyak 2 tahun setengah. Tiada pratikal. Bidang ni hanya ada di UiTM Pasir Gudang dan UiTM Sabah. Korang memang tak boleh pilih nak belajar dekat mana sebab memang dah ditetapkan oleh upu. Kalau korang dapat dekat Sabah, memang kena pergi Sabah lah nampak gayanya.

 Bidang ni, banyak peluang pekerjaan yang korang tak nampak pun. Korang ni boleh kerja dekat airport, gudang, laut, perkapalan, imegresen dan banyak lagi lah. Pengakutan ni bukan setakat kereta, motor je yerr, tapi termasuklah LRT, kapal terbang, kargo, basikal, lori, jentera, kapal, bas, kereta api, monorel, helikopter, feri, jalan raya, terminal, paip, landasan kereta api dan lain-lain. Sistem pengakutan seperti GPS, EPS,and more lah, korang belajar jugak ya!. Sistem ni, kena belajar sebab nak elakan grid lock (traffic jam), nak improve kan lagi pengakutan awam supaya jalan raya tak sibuk dan lancar je bila passenger lalu. Korang pun akan belajar macam mana nak deal dengan customer, client bila kerja dalam bidang nie, sebab tu ada nama perniagaan (Pengangkutan). 

Diploma Perniagaan Pengakutan untuk 2 tahun setengah nie, korang akan ada 5 semester tu pun kalau tak repeat yer. hehe.  


SEM 1

Untuk sem 1, korang akan belajar 8 subjek.

1. INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORT(ACC106 

Aku rasa account sem 1 nie agak mencabar lah untuk orang yang tak ada basic ( macam aku) sebab aku langsung tak faham kenapa masuk debit, kenapa masuk credit. Pastu kena balance kan lagi account. Bila dah salah susun atau letak nombor, susah betul nak detect mana yang salah. Tapi tak pe memang susah masa mula-mula, tapi kalau buat latihan insyaalah okey. 

Final 60: 40 Carry mark 

2. FUNDAMENTALS OF ISLAM(CTU101)

Untuk subjek ini, kena hafal surah yassin, selalunya ayat 1 hingga 20. Ada presentation, test, dua kali ujian online. Tak ada final exam. Korang akan belajar uluhiyyah, ibadat, akhlak, qisas dan banyak lagi lah. Soalan test dia, soalan berfikir di luar kotak. 

3. INTEGRATED LANGUAGE SKILL 1(ELC121)


Elc tak ada final exam tapi ada test. Test untuk elc ini macam reading comprehension. 

Korang baca and jawab (macam English spm). Next, nanti korang jugak akan dapat 2 stories tapi dalam bentuk listening. Pastu korang kena faham apa story tu nak. Jawapan dia it's up to you macamana korang berfikir. Semua jawapan betul je. Otak orang kan lain-lain.

Nanti ada test pasal story nie, lecturer korang akan bagi soalan simple and korang kena jawab based on story. Soalan dia macam gini lah." Kenapa Puan Aminah ambil anak angkat padahal dia ada anak sendiri ". Korang fikir lah alasan dia kenapa based on story tu jugak. Pastu ada listening test dekat komputer and ada speaking test depan lecturer.


4. NATIONAL KESATRIA 1(HBU111)

Subjek ini  korang boleh pilih antara Kesatria, PBSM, Pertahanan awam dan  lain-lain. Subjek ni tak ada exam, korang hanya perlu kawad seminggu sekali. Kehadiran memang wajib yer kalau nak dapat A. Nanti ada perkom (perlawanan antara fakulti), sesiapa nak join tu bolehlah join nanti. Ada perlawanan kawad kaki, meretas desa kot dan banyak lagi lah.

p/s : Kalau korang pilih kesatria sem 1. Nanti sem 2 korang boleh tukar subjek tapi kalau  korang pilih PBSM atau Pertahanan awam, korang kena stay sampai sem 3 tak boleh tukar-tukar. 

5. BUSINESS MATHEMATICS(MAT112)

Subjek ini korang akan belajar pasal installment and more lah. Korang kena tahu setiap bulan ada berapa hari, 30 ke 31. Korang kena kira berapa bayaran untuk dibayar setiap bulan (i don't know how to explain :')

Contohnya:  Harga rumah banglo A ialah RM100,000. Korang kena bayar start 24/07/2019 hingga    30/08/2020. So korang kena calculate berapa yang kena korang bayar setiap bulan (installment). Kena guna formula ye! * Nie soalan rekaan aku sendiri ye.


Ini salah satu syllabus yang korang kena belajar. Ini chapter yang paling senang lah dan ini salah satu basic. Subjek ni soalan dia simple giler. Tapi bila korang silap or salah formula, jawapan korang confirm akan salah. Dah lah markah dia banyak untuk setiap soalan. Formula untuk subjek ini banyak pulak tu. Goodluck to you.

p/s : Kena banyak buat latihan dan kena faham konsep baru boleh score.


Final 60: 40 Carry mark 

6. FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT(MGT162)

Subjek ini kena banyak menghafal dan kena pandai buat ayat dengan example. Korang kena buat nota sendiri sebab tajuk nie banyak tajuk. Korang akan belajar pasal communication, organization, planning, leading, controlling and more. Nanti ada 2 test pastu ada presentation pasal product/ services yang korang kena reka untuk company Ualll sendiri. Pastu kena buat assignment okey.

 *Dah tak ingat sangat sebab i dah sem 3 uallll.

                                                      Final 60: 40 Carry mark 

7FOUNDATION ARABIC @ FOUNDATION MANDARIN (TMC101)

Korang kena belajar second language. Boleh pilih mana yang korang nak waktu pendaftaran course. Sape cepat dia dapat bahasa yang korang mahukan itu yerr!

8. STUDY SKILLS (UED102)

Subjek ini sangat lah senang sebab uall belajar masa waktu interim. Nanti kena buat portfolio mengenai goal, schedule, etc. Nanti lecturer korang akan ajar korang macamana nak kira GPA and CGPA every sem. 


SEM 2 
                                               
1. INTRODUCTION TO COST ACCOUNTING (ACC116)

Yepp, sem 2 still ada lagi account :) Account sem nie tak terlalu complicated macam sem 1. Tak payah nak balance-ii bagai. Account sem nie  banyak formula yang kena hafal. Formula macam ROQ, Average Turnover, Total carrying Costs, Total Ordering costs etc.

Soalan paper nie kena banyak berhati- hati sebab kalau salah letak formula memang banyak kena tolak markah nanti. Kalau baca soalan exam, kena faham apa yang soalan tu nak.


Final 60: 40 Carry mark 

2. ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION (CTU151)

Ctu sememangnya kena hafal yassin yer! tapi ikut lecturer korang, kena hafal ayat berapa ke ayat berapa. Macam biasa ada test, quiz online, assignment etc. So far best je! Yassin selalunya awal-ii sem dah kena hafal

3. MICROECONOMICS ( ECO162)

Ramai student gagal subject nie tapi ada je yang score. Subject nie memang banyak membaca (ada essay) dan mengira. Kita kena belajar mengenai ekonomi negara tetapi berskala kecil (dalam negara je). Banyak formula nak kena hafal dengan essay nya lagi. Banyak juga graf kena lukis dan hafal tengok soalan nak ape. Kalau price menaik apa akan terjadi dengan demand. SO memang kena fokus apa yang lecturer ajar. Kalau korang tak faham boleh je guna youtube as rujukan. simple!

*Kalau korang gagal subject korang nie tak boleh ambil subject macroeconomic next sem. Dia berantai sikit.


Final 60: 40 Carry mark 

4. INTEGRATED LANGUAGE SKILLS II (ELC151)

Same format juga, ELC level 1 fail, tak boleh ambil ELC sem 2. Masih juga sama akan ada 2 stories tapi dalam bentuk reading bukan listening. So memang korang kena score! Ada juga speaking tapi dalam group (4 orang) . Ada task A dan task B. Task A (individual) manakala task B (group). Format dia macam muet juga (incase nak practice) nanti ada 
masa. Ada jugak listening and reading test.


5. NATIONAL KESATRIA II (HBU121)

Since aku ambil kesatria, aku boleh pilih course lain huhuhu. so bye kesat. Happy sebab tak payah kawad. Tapi kawan aku yang ambil kesat level ii diorang kena belajar teknik memperthankan diri. 

Sem ii aku ambil enterpreneurship walkabout (kembara usahawan), so banyak kena keluar jugak pergi event, presentation and simple test.

6. BUSINESS COMMUNICATION (MGT269)

Subject quite simple maybe sebab lecturer tu ajar kitaorang enjoy sangat padahal quite susah jugak lah. Ada interview one by one. Kena buat resume and job application. Ada mock meeting dan presentation. Final exam dia kena menghafal dan ada letter.  Senang cerita, subject nie ajar macamana korang menghadapi alam pekerjaan, Kena interview dengan majikan, macamana nak handle meeting etc. Korang kena buat buku jugak berdasarkan survey yang korang edarkan kepada student UiTM. Based on topic yang korang pilih jugak. 

7. FOUDATION MANDARIN LEVEL 2

Mandarin sem 2, korang akan belajar pasal perayaan, lagu, hobi, tempat etc. Ada listening dan test. Role play ada jugak. Nanti kena buat skrip (buat creative sikit baru dapat markah lebih). Tulisan hanzi pun kena hafal.


8. INTRODUCTION TO TRANSPORT (TPT150)

So nie first time korang akan belajar transport. Nanti korang akan belajar apa type of transport. Airway, Railway, Waterway, Pipeline, Roadway etc. Apa kebaikkan setiap transport. Belajar pasal material handling, truck, packaging and etc. Korang belajar juga ERL, public transport and more. Best!


Final 60: 40 Carry mark 

 SEM 3

1. FUNDAMENTAL OF ISLAMIC ECONOMICS (CTU241)

Ctu sem 3, tak payah nak kena hafal yassin lagi. Budak business (ctu ekonomi) dekat UiTM 

pg agak mudah sikit daripada budak engineering (ctu teknologi) sbb tak payah buat event. Banyak bab ctu sem nie semuanya pasal ekonomi macam riba, mudharabah, musyarakah etc. Jual beli dalam islam, apa perbezaan orang ekonomi bukan islam dengan orang islam? etc.Semestinya ada assingnment (kena cari buku rujukan daripada library), test, presentation dan quiz.Tak ada final exam



2. MACROECONOMICS (ECO211)

Macroeconomic nie lebih mudah daripada microeconomic berdasarkan pada pengalaman lah sebab tak banyak graf sangat, lebih ringkas & mudah. Subject nie belajar economic tapi berskala besar. Kena kaji economic negara dalam income, pinjaman, kewangan, bank, etc. Banyak juga lah formula, tapi sokay je. Kalau kira-ii subject nie macam account sikitlah, kena tahu term-ii dia, lepastu masuk mana (disposable income ke, national income ke, net national income and more. Ada assignment tapi simple jelah. Test semestinya. Ada essay yang memang nak kena hadap.


Tips: Buat nota supaya mudah hafal dan focus dalam class.



3. INTEGRATED LANGUAGE SKILLS III (ELC231)

Elc sem sangat enjoy sikit maybe sebab dapat lecturer yang baik dan relax je. Kali nie kena buat review pasal movie yang kita pilih. Pastu buat slide lawa-ii and present depan class. Ada writing test dan reading test. Listening test pun ada. Nanti kena cari article andthen buat argumentative essay berpasangan.


4. NATIONAL KESATRIA ( HBU131)

Kesat sem, tak tahu lah diorang belajar ape. Kalau kitorang (entrepreneur walkabout) kena buat jualan grouping. Nanti kena buat report dan assignment.

5. FUNDAMENTALS OF MARKETING (MKT243)

Marketing belajar mengenai branding, packaging, markting mix (price, product, place, promotion) pricing, segmenting & targeting market etc. Banyak kan? memang banyak yer. Memang banyak kena hafal! Assignment akan berdasarkan past years question by chapter. 


Ada event di PTDI (nanti kena buat product ikut type of product yang group kita dapat) 

eg: Dapat shopping product, so jualan lah barang  macam shoes, handbag, television etc. Nie macam booth tau, kena hias booth, video iklan etc. Ada test jugak.


Tips: Buat nota sendiri pastu fahamankan sebab subject nie banyak chapter.



                                               Final 60: 40 Carry mark

6. INTRODUCTION TO STATISTICS (QMT181)


Subject nie kira-ii, complicated jugaklah. Macam addmath sikit, tapi formula dia ada tukar sikit-ii, so memang pening jugaklah. Belajar graph yang quartile tu (sisihan piawai) ! Banyak formula nak kena ingat. Index numbers (price and quantity), price and variance, sampling data,qualitative&quantitative,time series and etc


Tips: memang kena banyak buat latihan



                                                  Final 60: 40 Carry mark

7. TRANSPORT SOCIETY AND ENVIRONMENT (TPT 343)

Untuk subject nie, memang banyak fakta dan banyak kena banyak hafal. Korang akan belajar, sustainable transport policy, political environment, Freedom of Air, Transport regulatory framework in Malaysia, urbanization, green environment and smart transport, social environment, and economic and investment environment. So, memang subject nie dia more kepada akibat, kesan dan punca yang akan memberi ancaman kepada society and environment. 


Disebabkan transport memberikan kesan kepada society and environmemt munculah banyak policy, organization dan candangan untuk atasi masalah itu contohnya muncul lah policy 8 freedom of air, regulation in sea transport, legal requirement in Malaysia, pastu wujudnya organization like Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Lembaga Lebuhraya Malaysia and more.. Hah yang nie korang kena hafal apa functions organization tu, ape procedure and more lah. Korang juga akan belajar strategies untuk memastikan sustainable kepada bandar contohnya shift traffic, optimize traffic, reduce traffic and change behaviour of users. So basically subject memang fakta, aku rasa policy macam 8 Freedom of Air akan berguna kalau korang kerja dekat bahagian airport. Contoh dalam course nie kann, korang boleh bekerja dekat bahagian air traffic controller. 





nie gambar dari google heehhe



Nie contoh 8 Freedom of Air yang korang kena hafal semuanya. So, sapa cita-cita nak jadi air traffic controller (ATC) , pastikan korang minat subject nie sebab banyak fakta, policies, and banyak lagi dalam subject nie. Kalau korang nak betul-betul jadi ATC, korang google lah apa requirements yang dia nak, macamana nak apply untuk position tu. Aku pun tak expert sangat. heheheheheh



nie contoh assignment korang kena buat.


nie contoh examination questions untuk subject nie



SEM 4


First of all, setelah lama tak update. akhirnya update lah jugak. Minta maaf sebab lambat bebenor tapi tulah memang busy dengan odl assignment dan test. Lepastu cuti sem kerja, so memang tak bersempatan nak menulis blog. So, ini ialah subject yang korang kena ambil sem 4.

1. FUNDAMENTALS OF FINANCE (FIN242)

Untuk subject ni, korang akan belajar financial analysis (financial ratio), financial forecasting and planning (cash budget), working capital management (relaxed policy, restricted policy, moderate policy, hedging approach, aggressive, conservative approach), cash and marketable securities management (operating cycles, cash cyles, cash turnover and factors influencing the choice of securities), Inventory management (Economic order quantity), Time value of money (future value, present value, multiple cash flows, annuities), Capital budgeting ( payback method, net present value, internal rate of return, a summary of capital budgeting decision), Short term financing ( internal and spontaneous sources, external and spontaneous financing, accounts receivable and inventory financing), Long term financing (long-term financing, preferred stock, common stock)

2. BUSINESS LAW (LAW299) 

Untuk subject nie, best kod bagi aku. Sape yang suka cerita law korea korea bagai tu. maybe korang suka belajar subject nie. Nanti korang belajar akta-akta. Nanti soalan exam untuk essay, dia akan bagi soalan masalah orang tu lepastu korang kena selesaikan masalah dia tu means hukuman atau penyelesaian kepada kes dia based on akta. Tapi masalah dia, akta dalam subject nie quite banyak, so korang pilih yang betul-betul sesuai lepastu korang kena elaborate based on akta tu jugak lah. Korang kena identify apa issue dia sebenarnya. Jangan salah akta sebab confirm banyak kena tolak markah dan mungkin tak dapat markah langsung. Untuk assignment, subject nie akan bagi a few soalan nanti korang kena jawab. Ada individual assignment dan ada pair assignment. Final test ada soalan objective dan soalan essay. Untuk subject nie aku sarankan korang kena banyak bertanya kawan, apa diorang punya akta, betul tak issue dia dengan issue korang sebab aku pernah syok sendiri buat benda nie auu, aku main buat je lah pastu kan,, aku guna akta yang salah sebab aku tak tanya orang sebab masatu first odl, So, akhirnya banyak betul aku kena tolak markah 1/5 macamtu aku dapat. Maksud aku kat sini, korang banyak bertanya dan berbincang jangan sampai salah akta or issues. Tapi jangan meniru pulak just nak confirmkan korang di landasan yang betul je lah.

Subject nie korang cover topic Law of business organisations, Law of Contract, Law of Agency, Law of Sale of Goods, Law on Cheques, dan Law on Hire Purchase. 

Untuk subject nie banyak betul definition, characteristics, dan sections. Tapi yang penting korang kena faham setiap cases or topics baru menjiwai subject tu ..gituww

3. INFORMATION TECHNOLOGY IN BUSINESS (MGT300)

Untuk subject nie aku rasa best. Korang akan belajar SCM (Supply Chain Management), CRM (Customers Relationship Management), ERP (Enterprise Resources Planning), BPR (Business Process Reengineering, Organizational structures supporting strategies initiative (CIO, CTO, CSO, CPO, CKO, copyright, intellectual property, copyright, fair use doctrine, pirated software dan counterfeit software), Valuing Organizational Information (characteristics of high-quality information), Database (database models, database advantages dan data-driven web site advantages), Data warehouse (Business intelligence), Decision Making Systems (EIS, DSS, TPS, OLTP, OLAP, categories of AI, types of data-mining analysis capabilities, E-Business (B2B, B2C, C2B, C2C), Creating Collaborative Partnership, Outsourcing. 

So, ini yang korang akan belajar untuk subject nie. Basically, subject nie korang belajar how IT influences korang punya business, organization mana yang bertanggungjawab untuk deal with data warehouse, apa function copyright dalam IT, Apa tu Artificial Intelligence, kenapa pentingnya Desicion support system (DSS) dan kenapa pentingnya Executive Information System (EIS) dalam business, dan banyak lagi .Pendapat aku subject nie fun je sebab lecturer yang ajar subject nie best, aku memang suka the way lecturer nie ajar. Subject nie banyak terms tapi okey je! don't worry too much lah korang! best je!

4. CREATIVE AND CRITICAL THINKING (MGT315)

Okey first masa aku nampak subject nie, aku ingat subject nie susah but actually tak pun. Subject nie best! dia ada syllabus tapi sikid je lah yang penting tak ada final test pun. Kalau face to face class korang akan buat program, pergi sekolah, buat activities dekat sekolah tu, korang juga akan study culture negara lain, korang juga kena berlakon, nanti lecturer korang bagi genres apa korang kena lakonkan. Best lah hehehh.Subject nie memang continous assessment 100%. Banyak grouping project ( Small Scale Innovation Project, Locate, Store and present Information, Case study, attendance and participation, dan ada jugak individual creative presentation).

5. INTRODUCTION TO TRANSPORT ECONOMICS

Untuk subject korang belajar macamana transport influeces economic untuk setiap negara tu. Fixed and variable cost of main transport mode, economic consequences of peak demand and off-peak demand,  apa role of transport in Economy, korang akan belajar elasticity of demand, factors affecting the magnitude of demand elasticity, Price discrimination in transport, Advantages dan disadvantages of cost-plus pricing, types of pricing strategy for road, role and involvement of government in subsidy, impact of transport subsidies dan banyak lagi.

6. BUSINESS LOGISTICS (TPT320)


Business logistics nie, tak ingat sangat belajar ape tapi masa face to face class sebelum datangnya covid, kitaorang kena buat site visit ke dua tempat yang mana setiap group kena buat proposal lepastu bentang dekat depan dan pilih mana yang lecturer and class korang preferred. Macam kitaorang masatu pilih Pelabuhan Tanjung pelepas dan kedai membuat coklat. Masa kitaorang buat proposal tu memang nampak lah susah jugak nak deal dengan syarikat logistic macam kilang makanan, perlabuhan dan banyak lagi untuk site visit diorang punya tempat nie. Lepastu korang kena buat organization, deal dengan HEP, HEA. Yang best subject nie kan, korang nampak tau apa korang nak jadi lepas habis belajar, korang boleh kerja dekat mana, dan banyak lagi lah. Tapi memandangkan sebab covid, kitaorang tak buat site visit dan belajar lah dekat rumah je. Untuk assignment, korang kena pilih satu company logistics and korang kena study pasal company tu and banyak lagi dan macam-macam lagilah ya assignment nya. Subject nie ada final test. Korang akan belajar intermodalism/multimodalisme, warehouse, assorting, shipping, 1PL, 2PL, 3PL, 4PL, 5PL, Barcode, stackers, packaging, Load crane, inventory management, order processing, packaging, customers services, order processing dan banyak lagi lah.


          SEM 5


1. FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP (ENT300)

Untuk subject nie, korang memang tak ada final test, dan test sebab semuanya assignment. Subject nie, dapat lecturer kesukaan aku, so best je!. Subject nie korang akan buat individual case study (pilih satu company) dengan korang punya ahli group contohnya korang pilih business air, so bila buat individual case study nie korang kena decide mana company air macam company Starbuck, Tealive, Coolblog dan more lah yang korang nak study pasal company tu. Rasanya setiap nama company mesti lain-lain dengan ahli kumpulan korang. Lepastu untuk individual business opportunity, korang akan buat assignment by identify your customers segments, channel, customers relationship, value proposition, customers relationship dan banyak lagi. Lepastu korang akan buat group business plan korang untuk operate business jual air korang itu sendiri, assignment nie lah yang sampai beratus jugak muka surat tu. Yang business air tu contoh je okey hehehhe

2. HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (MGT340)

Untuk human resources ni korang basically akan belajar pentingnya human resources dalam sesebuah syarikat. Human resourcources lah yang recruit and select pekerja. Apa process yang akan include waktu nak recuit dan select pekerja baharu. Hah korang akan belajar tu!.. lagi korang juga akan belajar bila masa sesuai bila nak hantar pekerja pergi tranning, lepastu macamana nak managing employee performance appraisal, korang juga akan belajar payment systems and working hours yang setiap syarikat perlu ikut (hah dekat sini banyak akta jugak yang korang kena tahu), korang jugak akan belajar benefits and rewards, safety dan health at work jugak.


3. OPERATIONS MANAGEMENT (MGT345)

Subject kuat tough jugak bagi aku sebab odl dan peranan lecturer. Aku rasa subject nie quite complicated sebab the ways lecturer tu ajar dan sebab faktor odl juga tu sendiri. Sebenarnya okey je lecturer tu ajar tapi sebab aku stress sikid dengan odl nie so aku rasa subject nie annoying sikid lah. huhuhu. So, dalam subject you all akan belajar banyak calculation dan essay. Di mana, subject nie korang akan belajar situasi when you guys bekerja or jadi operation manager dekat bahagian operation/kilang. Korang akan belajar how product design, process strategy (process dari raw material ke actual output) apa charateristics of the product focus strategy, korang belajar juga location decisions, layout decisions, project management, work measurement, capacity and aggregate planning, supply chain management, inventory management quality management dan banyak lagi. Goodluck korang untuk subject nie. Banyakkan study and tanya your friends kalau tak faham cetain topics tu sendiri. 

4. INTRODUCTION TO INTERNATIONAL BUSINESS (MGT361)

Subject nie korang akan belajar international business. Apa factors korang kena consider bila operate business peringkat international, apa itu export? apa itu import?.  Korang juga akan belajar apa tu free trade area, apatu customs union, common market, economic union, political union. Lagi korang akan belajar international trade and investment theory, international monetary system (the collapse of the gold standard, IMF), BOP, Foreign exchange market, legal and political forces, modes of entry into international business, international marketing dan culture business of luar negara.

5. CORPORATE STRATEGY AND POLICY IN TRANSPORT (TPT350)

Untuk subject nie, quite tough jugak lah tapi disebabkan dapat lecturer yang okey, subject yang complicated jadi mudah lah for me. Subject nie ada banyak policy  macam ICAO, FIATA, AMH, IATA, CAAM and more. Korang akan belajar cost leadership, ownership and organization dan yang penting banyak lagilah. Assignment dalam subject nie agak tough sikid. 
 
6. TRANSPORT AND TOURISM (TPT370)

So, basically, kalau face to face class, sepatutnya ada lawatan ke mana-mana negeri atau negara yang kelas korang rancang nak pergi. Korang boleh rancang nak pergi korea (tu kalau classmate korang banyak duit lah, korang boleh juga pergi pulau pinang, sabah, kedah, johor, langkawi dan banyak lagi)
Tapi tulah sebab odl, tak ada lah lawatan-lawatan bagai nie. huuhuhu. Korang nanti ada assignment yang lecturer korang akan suruh buat. Untuk subject nie korang akan belajar tourist transport and motivation to travel, marketing in tourist transport, government policy, structure and tourist transport, tourist-based transport by modes, issues in transport and tourism. 


so yepp ini korang akan belajar untuk setiap sem. Nanti kalau ada masa lapang, maybe aku akan jawab apa peluang perkejaan yang korang boleh mohon, susah tak subject nie and a few tips for your guys to survive in this course. Sekarang aku tengah study degree, so yepp insyallah aku akan update the matters about this course. macamana nak mohon and more lah eaaaa :)



Kasuma 2.0 at UiTM PG



Selalunya setiap tahun UiTM Pasir Gudang  akan buat karnival Sukan Mahasiswa Kolej Kediaman (KASUMA). Semua wajib join even korang nie non-resident (pelajar yang duduk luar). Kasuma nie best sebab aktiviti dia more kepada sukan kampung macam badminton belon, bola beracun, tarik tali, baling selipar, futsal kain pelikat, galah panjang and so on. 

Sesi pendaftaran bagi  pelajar kolej kediaman yang menyertai aktiviti.
Salsabila 1 (Merah)
Firdaus 2 (Hijau)

Firdaus 3 ( Biru)

Salsabila 4 (Merah Jambu) 

Kitaorang salsabilah 2. Peace sikit :)

Sunshine:)

we look so happy. *kasuma volunteer*
Si musang dan anak ayam. Nampak tak anak ayam yang ketakutan tu?

steady je komander. 

Futsal dengan kain batik. Fuyooo!!!

Badminton Belon. Go Go Go Danisha and Mirah! 
























































































AH BOYS TO MEN REVIEW

AH BOYS TO MEN THE SERIES   \\ Review: Movie berkisahkan yang diaorang nie kena masuk latihan wajib tentera iaitu di negara diorang sendiri...