Aku je ke yang rasa nak ambil lesen kereta nie susah?
Masa nak ambil lesen kereta tahun lepas, aku rasa macam malas je nak pergi belajar memandu. Aku langsung tak ada hati nak ambil tahu pasal latihan memandu sebelum tu. Pergi dan ambil je ujian memandu tu. Teruk kan? sebab tu lah aku boleh gagal. Tak ada minat ! Sebelum aku belajar memandu dekat litar, aku kena datang kelas belajar memandu. Belajar pasal undang- undang jalan raya. Lepas seminggu, baru ambil ujian komputer. Bila dah lulus baru boleh belajar memandu di litar dan jalan raya.
Dah lah tak ada experience bawak kereta. Pastu, boleh pulak ayah aku ambilkan lesen manual. Rumah aku dah lah tak ada kereta manual. Aku tak tahu pulak yang ambil lesen manual nie susah kalau aku tahu dah lama dah aku ambil lesen auto.
Nampak benda yang aku bulat tu. Tu namanya brek bahagian penumpang. |
Ada satu hari tu kan, aku pelik lah kenapa kereta yang aku pandu tu selalu brek bila masuk simpang padahal aku tak tekan brek pun. Rupanya cikgu aku yang tolong tekankan brek. huhu
First time pegang stereng. |
Ini namanya RPK ya. Korang kena sebut kompenen satu2 depan JPJ waktu ujian nanti. |
GAGAL UJIAN KALI PERTAMA
Aku kena datang tempat nie (taman Perling) awal pagi sebab kena naik van dari pusat memandu aku belajar (sampai sekarang aku allergies nak pergi tempat nie sebab malu punya pasal) huhu. Van tu gerak dalam pukul 8.00 dan sampai dekat sana dalam pukul 9.00. Calon memandu kena tunggu dalam pukul 12.00 untuk ujian litar dalam bilik menunggu sebab tempat aku tu ramai giler orang.
Bila nama aku kena panggil je, aku terus naik kereta yang diorang dah susun sederet. Aku gementar giler sebab tak yakin yang aku boleh lulus. Pastu, boleh pulak hujan waktu tu. Aku lagilah gementar. Kereta yang aku pandu tu masyaallah, macam tak suka aku je tau!. Kejap mati, kejap hidup (First time bawak kereta Axia selalunya kereta kancil). So, enjin dia ada lain sikit lah. Enjin kereta Axia nie tak dengar sangat bunyi enjin dia, so aku tak pasti kereta nie hidup ke tak hidup sebenarnya. haih
Masa aku naik bukit tu, alhamdulilah lulus. Masa parking tu aku gagal sebab aku keep pusingkan stereng (aku lupa berapa kali aku dah pusing) . Ni kes aku ingat aku dah pro sangatlah kot sampai tak ikut sangat ape yang cikgu ajar. Aku follow aku punya gerak hati sebab aku lupa tanda. Aku gagal sebab tayar aku naik ada divider wey. hahaha. Sedih giler lah waktu tu sebab aku kena ulang lagi. Dahlah minggu depan aku dah kena masuk universiti. Bertambahlah beban di bahu aku tu.
Dah gagal tu, aku ada ujian jalan raya pulak. Nasib baik lulus sebab aku agak confident bila tang jalan raya. tang litar kelautt.
GAGAL UJIAN KALI KEDUA
Aku gagal kali nie sebab
aku rasa tak confident langsung siap cakap dengan ayah aku yang aku tak nak ambil lagi lesen kereta. Biarlah aku tak ada lesen sampai mati. hahh engkau sampai macam gitur sekali. Aku dah fed up sebab ayah aku yang bayar kan. Kalau pakai duit aku tak ada sangat perasaan guilty tu.
Aku tak nak ambil tapi ayah aku cakap.
"Nanti bila Sofea balik cuti je, terus ambil lagi ujian JPJ. Ayah bawak pergi pusat memandu sabtu nie"
Terus terang aku paling benci bila dengar ayat nie. Aku ingat bila dah cuti ni bolehlah rehat kan jiwa tapi apa kan daya. Setiap malam sebelum tidur aku akan termimpi-mimpi yang aku tengah drive kereta pastu naik bukit lah bagai. Lmao. Depression jugak lah sekejap sebab stress. haha
Aku pergi jugaklah belajar tapi masalahnya aku belajar dekat litar (taman Rinting) bukannya dekat (taman Perling) *tempat yang aku lupa tanda tu.
(taman Perling - tempat untuk ujian JPJ)
Macam biasa aku naik van lepastu kena tunggu sampai nama kena panggil. Tapi kali nie, kena tunggu sampai pukul 2.00 petang. hmm. Mereput aku dekat situ. Aku orang kedua kena panggil dengan JPJ. Aku terus pergi masuk kereta pastu aku panik giler sebab waktu nak naik bukit kereta tu asyik mati. Tekan mati. Tekan mati. Tekan mati. Clutch dia rendah. Lepas je enjin dia hidup, aku terus naik atas bukit. Nak turun bukit tu yang masaalahnya. Aku follow cikgu aku cakap supaya tak payah tekan minyak bila nak turun bukit ( means tak payah seimbangkan minyak dengan clutch). Just lepaskan clutch slow-slow je.
Bila aku buat macam gitur je, kereta tu terus mati. Kereta tu memang nak cari pasal dengan aku kot.
Masa latihan menjadi pulak, waktu JPJ tak menjadi. Dekat tengah-tengah bukit aku dok menengok muka JPJ perempuan tu yang garang semacam tu sambil kaki lepaskan clutch perlahan-perlahan. Mengigil-gigil aku. Aku tak faham kenapa aku mengigil-gigil macam gitu sekali. haha
Sama jugak. kereta tu mati jee! Pastu aku kena keluar kereta sebab lama sangat (means dah gagal) Malu hanya Allah swt je yang tahu.
Aku terus rasa down. Nak nangis pun tak mampu dah.
Lama betul kan aku nak lulus ujian JPJ ni? setelah berapa kali renew lesen L .haih. Terus terang aku memang tak nak dah ambil ujian JPJ untuk kali ketiga nie, tapi kena paksa jugak ambil. Aku terus cakap pada ayah aku yang aku boleh ambil lagi tapi tunggu aku ready dulu. Lama jugak lah aku nak ready tu. Ayah yang aku tak habis-habis tanya bila nak habis. Aku terus swing kan soalan ayah aku tu. haihh
Bila cuti sem je aku terus ambil lah walaupun aku dah tawar hati. cewoh. Kali nie aku memang tak nak ulang lagi dah kalau lepas nie gagal. Jiwa dan raga aku dah penat. Kali nie aku memang nak lulus tak ada istilah gagal lagi dalam hidup aku. Hidup kita nie kenalah selalu move on baru boleh berjaya.
Alhamdulilah kali nie aku belajar dekat tempat yang sama dengan tempat ujian JPJ aku nanti (Taman Perling). yeahh! Kali nie aku serius. Sehari sebelum JPJ tu aku dah hafal setiap step. Aku siap buat note lagi. Aku baca yassin pagi tu dengan surah pendek nie.
Dalam pukul 11.00 pagi, JPJ dah suruh aku bawak kereta. Cepat sebab tak ramai orang kali nie. Aku jadi orang yang second last bawak kereta. Masa duk menunggu nama aku kena panggil. Aku dah target dah kereta mana yang aku tak nak bawak sebab clutch dia rendah ( Means angkat sikit je clucth kereta dah boleh jalan tapi kena tekan minyak sikit supaya enjin tak mati.)( Bila korang angkat clutch banyak- banyak, kereta akan mati). Aku baru faham istilah clutch nie :'). Kereta clutch rendah tempat aku tu warna dia warna biru cair bukan warna putih.
Tapi malangnya aku dapat kereta warna biru cair tu. haha. Kali nie aku tak mengigil langsung. Aku bawak kereta naik bukit macam biasa walaupun kereta tu mengaum lain macam. Aku berjaya turun bukit lepas berjaya imbangkan minyak kereta. Tip dia jangan pandang muka JPJ langsung waktu nie. Baru tak gementar.
Parking pass.
Tiga penjuru pass.
S memang sah-sah memang akan pass.
Z pun pass.
Alhamdulilah lulus akhirnya. Macam tak percaya je masa tu yang aku dah lulus. wohoo.
Aku tak nak ambil tapi ayah aku cakap.
"Nanti bila Sofea balik cuti je, terus ambil lagi ujian JPJ. Ayah bawak pergi pusat memandu sabtu nie"
Terus terang aku paling benci bila dengar ayat nie. Aku ingat bila dah cuti ni bolehlah rehat kan jiwa tapi apa kan daya. Setiap malam sebelum tidur aku akan termimpi-mimpi yang aku tengah drive kereta pastu naik bukit lah bagai. Lmao. Depression jugak lah sekejap sebab stress. haha
Aku pergi jugaklah belajar tapi masalahnya aku belajar dekat litar (taman Rinting) bukannya dekat (taman Perling) *tempat yang aku lupa tanda tu.
(taman Perling - tempat untuk ujian JPJ)
Macam biasa aku naik van lepastu kena tunggu sampai nama kena panggil. Tapi kali nie, kena tunggu sampai pukul 2.00 petang. hmm. Mereput aku dekat situ. Aku orang kedua kena panggil dengan JPJ. Aku terus pergi masuk kereta pastu aku panik giler sebab waktu nak naik bukit kereta tu asyik mati. Tekan mati. Tekan mati. Tekan mati. Clutch dia rendah. Lepas je enjin dia hidup, aku terus naik atas bukit. Nak turun bukit tu yang masaalahnya. Aku follow cikgu aku cakap supaya tak payah tekan minyak bila nak turun bukit ( means tak payah seimbangkan minyak dengan clutch). Just lepaskan clutch slow-slow je.
Bila aku buat macam gitur je, kereta tu terus mati. Kereta tu memang nak cari pasal dengan aku kot.
Masa latihan menjadi pulak, waktu JPJ tak menjadi. Dekat tengah-tengah bukit aku dok menengok muka JPJ perempuan tu yang garang semacam tu sambil kaki lepaskan clutch perlahan-perlahan. Mengigil-gigil aku. Aku tak faham kenapa aku mengigil-gigil macam gitu sekali. haha
Sama jugak. kereta tu mati jee! Pastu aku kena keluar kereta sebab lama sangat (means dah gagal) Malu hanya Allah swt je yang tahu.
Aku terus rasa down. Nak nangis pun tak mampu dah.
LULUS UJIAN PADA KALI KETIGA
Bila cuti sem je aku terus ambil lah walaupun aku dah tawar hati. cewoh. Kali nie aku memang tak nak ulang lagi dah kalau lepas nie gagal. Jiwa dan raga aku dah penat. Kali nie aku memang nak lulus tak ada istilah gagal lagi dalam hidup aku. Hidup kita nie kenalah selalu move on baru boleh berjaya.
Alhamdulilah kali nie aku belajar dekat tempat yang sama dengan tempat ujian JPJ aku nanti (Taman Perling). yeahh! Kali nie aku serius. Sehari sebelum JPJ tu aku dah hafal setiap step. Aku siap buat note lagi. Aku baca yassin pagi tu dengan surah pendek nie.
Dalam pukul 11.00 pagi, JPJ dah suruh aku bawak kereta. Cepat sebab tak ramai orang kali nie. Aku jadi orang yang second last bawak kereta. Masa duk menunggu nama aku kena panggil. Aku dah target dah kereta mana yang aku tak nak bawak sebab clutch dia rendah ( Means angkat sikit je clucth kereta dah boleh jalan tapi kena tekan minyak sikit supaya enjin tak mati.)( Bila korang angkat clutch banyak- banyak, kereta akan mati). Aku baru faham istilah clutch nie :'). Kereta clutch rendah tempat aku tu warna dia warna biru cair bukan warna putih.
Tapi malangnya aku dapat kereta warna biru cair tu. haha. Kali nie aku tak mengigil langsung. Aku bawak kereta naik bukit macam biasa walaupun kereta tu mengaum lain macam. Aku berjaya turun bukit lepas berjaya imbangkan minyak kereta. Tip dia jangan pandang muka JPJ langsung waktu nie. Baru tak gementar.
Parking pass.
Tiga penjuru pass.
S memang sah-sah memang akan pass.
Z pun pass.
Alhamdulilah lulus akhirnya. Macam tak percaya je masa tu yang aku dah lulus. wohoo.
adalah hikmah smpi 3 kali test baru lulus.. hehehe
BalasPadambetul-ii memang ada hikmah sebaliknya :) hhheehe
BalasPadamNak amik lesen manual sbb syaang duit.. Sbb lesen auto mahall bak hang..
BalasPadamOkay lah tu, at least lulus saya dah ambil lesen dri tahun 2013 - 2024 lebih dari 10 kali Gagal..hmm rasa diri teruk sgt ambil keputusan malas dah nak ambil lesen smpai bila2...tapi tu la drive pandai lesen pulak tak nak lepas2.. biar je laa..
BalasPadam