Powered By Blogger

Rabu, 31 Januari 2018

Hari-hari terakhir alam persekolahan part 2 (waktu peperiksaan berlangsung)

Assalamualaikum dan hye guy .Entry kali ini nak cerita lah tentang pengalaman saya bersama rakan-rakan saya yang lain membuat persiapan dalam menghadapi peperiksaan spm yang akan berlangsung tak lama lagi.Hati masa tu dup dap dup dap dup dap ,sangat gemuruh macam pengadil cakap ke garisan sedia mula (lumba lari).Ungkapan nie amatlah menyeksa saya okey bila sertai perlawanan lumba lari ,lagi-lagi tengah nak tunggu dekat khemah perserta .Masatu,serius cakap macam nak tarik diri je,macamtu lah saya ketika saya mula menghitung dengan jari apabila perperiksaan spm makin tiba ,macam nak tunda tahun depan je .Aikh?


Bila waktu peperiksaan dah dekat mestilah cikgu korang lah yang paling bersungguh nak prepare untuk korang macam-macam .Macam diorang pulak yang nak periksa pulak.Disebabkan kitaorang nie sekolah harian biasa ,so tak nampak sangat lah usaha masing-masing bila nak periksa maksudnya kalau duduk asrama ,korang boleh nampak tau siapa yang bersungguh yang sampai tak tidur malam sebab nak study.Bila nak periksa ,ofcourse lah cikgu sekolah akan buat kelas dan bagi kerja latihan yang banyak .Masatu rasa nak fed up sangat-sangat sebab tak cukup masa .Bayangkan semua subjek cikgu bagi latihan pastu korang balik lambat pastu ada tuisyen malamnya,tapi alhamdulilah siap jugak.Disebabkan saya ambil 9 subjek actually 10 subjek yang kena ambil tapi saya drop 1 subjek iaitu subjeknya ialah subjek lukisan kejuteraan.Baru tahu bukan mudah nak ambil course engineering nie pastu ramai orang kata means cerita dalam novel or siswa dan siswi cakap ,bila ambil subjek nie korang tak mampu nak berlawa lah macam budak perniagaan lah,duduk dalam studio sepanjang masa lah,kertas kerja banyak lah dan lain2 lah .Ada betulnya jugak lahh ,sebab subjek nie banyak memelurkan kesabaran koranglah .Homework subjek  nie YA ALLAH banyak bahhh  ,tu belum lagi cikgu kau reject sebab kotor ,terpaksa buat balik ,buat balik tu bukan dalam kertas tu tapi kita kena print dekat kedai ,kertas dia pun besar bukan macam kertas A4.subjek lukisan kejuteraan nie ,korang perlu praktis banyak kali sebab bentuk gambar lukisan nie berubah-ubah dan korang memerlukan kawan korang yang pandai subjek nie untuk menolong korang.kalau tak de memang kelaut lah ,memang tak akan siap sebab tak idea macamana nak start.Disebabkan kita orang sekolah harian biasa dan tak de asrama memang susah lah nak tanya orang suruh ajarkan .



Kelas kitaorang nie half je yang ambil subjek seni termasuklah saya ,so hari-hari terakhir tu sibuk nak siapkan kerja kursus seni.Baik selamat saya dah siapkan awal folio dan beg batik ,so memang tak serabut,yang mana tak siap tu memang serabut gila diorang .hahhhaa.So, bila nak dekat periksa tu,mesti ada taklimat sikit lah pasal spm dan jadual periksa spm 2017 mula diedarkan kepada pelajar form5.so,apa lagi ,terus ambil highlight,highlight kan subjek yang i ambil .lepastu,balik rumah terus susun jadual back to back untuk jadual periksa .Pastukan nak citer sikit pasal cikgu matematik tambahan saya nie ,dia nie buat lah macam satu permainan kott,kitaorang semua nie kena pejam mata dan duduk ,bila dah cukup 1 minit baru bangun.so kitaorang nie buatlah .sya orng yang ke -10 macamtu kot yang bangun .lepas sya bangun ,ramai pulak yang bangun .tapi masaalahnya kitaorang bangun belum cukup 1minit lagi .hahahaaha.salah timing lah pulak :).cuma seorang je yang bangun pada timing yang betul.so sir kitaorang nie explain lah kenapa jadi macam tu,dia explain pada kitaorang ialah sebab kitaorang nie tengah risau tak tahu nak study ape or belum lagi memulakan study dan tak sempat nak habiskan study sebab periksa nak hampir tiba .Memang betul pun adaian sir tu .hahahahaha.sapa yang paling awal bangun tu,kerisauann dia lah yang paling banyak sekali Masatu lah baru saya sedar .ohhhmen!saya termasuk dalam golongan tu .so ,balik tu teruslah buka buku.Pastu ,sir beri sedikit nasihat lah ,baik you all kerja keras sekarang dan study sekarang ,bila exam start je korang mesti menyesal .korang nie masih ada peluang lagi,korang tak de peluang lagi bila satu langkah kaki korang keluar dari dewan periksa  .mastu mula lah cakap .shit! i can do better than this.masatu rungutan korang dah tak ada guna lagi.please thinkinggggggggggggggggggggggg right nowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.



Bila beberapa hari je nak dekat periksa tu,setiap sekolah mesti buat majlis bermaaf-maafan dengan cikgu dan kawan .Masatu lah ramai je manusia yang nangis .Tapi masalahnya kenapa sya  seorang je yang tak nangis padahal sya mempunyai hati yang mudah tersentuh?entahlahh.malas nak fake snagt kot masatu .hahah (ketawa jahat).tu ,Majlis tu mula pagi tu so petangnya pula means lepas rehat ,budak form 5 yang laim mulalah berkumpul nak dengar taklimat pasal no angka giliran,dan mahu disusun mengikut angka giliran .3 kelas je yang duduk dekat dewan termasuk kelas saya.sya duduk bahagian belakang dewan .okay sangat sesuai dengan citarasa saya .cetttt .apakah?


nie masa back to back subjek bahasa melayu di makmal bahasa .tak perasan langsung cikgu ambil gambar.kenapa saya seorang je yang pakai tudung putih sekolah ?
gambar kelas versi 2017 .
nie pelajar yang ambil subjek psv .masanie semua dah siap folio dengan beg batik. 
                                                      
nie dewan periksa sayaa.masanie ada ujian pra spm untuk subjek sejarah .masanie baru sedar .ohhhh.subjek sejarah banyak lagi aku tak hafal.sebenarnya ,suka duduk belakang -belakang tapi kena duduk depan pulak sebab datang lambat.*nie tidak mengikut angka giliran ,kalu ikut angka giliran sya duduk area belakang sekali baris nombor 2 dari kiri .


Bila besoknya nak periksa tu,malam tu pikir nak tidur awal,tapi mata tak boleh tutup.hati tu dup dap dup dap .pukul 9 malam nak tido tiba-tiba jadi 11 malam pulak tidur.haha.gementar punya pasaal.Bila hari yang ditunggu telah tiba pada pagi tu ,masuk je sekolah memang lain macam rasa dia .macam masuk tempat yang berhantu lah pulak .cetttttttttt.first exam ialah subjek bahasa melayu .so gelabah lah jugak .sebab tiba-tiba nak masuk dewan exam boleh pulak nak buang air.peperiksaan berlasung macam bisalah sampai lah subjek add maths.Walaupun setiap subjek susah ,tapi entahlah boleh buat dengan tenang.tu lah ajaibnya doa seorang mukmin.cetttt.hahaha.ada selang satu hari ke tiga hari macamtulah ,cikgu addmath buat kelas tambahan terakhir untuk kitaorang .


                                   
                     nie kelas matematik tambahan hari pertama.masanie baru je lepas jamuan makan-makan .masanie tengah gemuk .lolll.kenapa saya seorang sahaja pakai selipar ?
                                                                                                          
nie kelas matematik tambahan dengan sir hari ke-2.nie kelas yang ambil add math.       

nie gambar lepas habis exam add math .yeahhhhhh!.masa exam addmath banyak dugaaaan .serius macam nak give up je .pengawas periksa tu tengok jee maybe dia faham susah kot paper addmath.tapi masalahnya ialah bukan yang tu ,masalahnya lain..yang perempuan please bawak pad okey  di dalam bag anda :) dah lah exam addmath sampai pentang (4petang) ,tak boleh balik pulak tu ..........masanie ada satu lagi subjek bersamaaan 2 paper lagi yang tinggal.lepastu merdeka .
thank juga kepada jurugambar yang kelakar .hahahahhah.


disebabkan ada jarak pereksa seterusnya itu dalam satu minggu lagi,so pergi lah melaka ,sebab kakak saudara i kahwinnnnn.kesian adik beradik yang lain .tak dapat lah nak besuka ria dengan sepupu sepapat yang lain (diorang dah cuti sekolah)sebab kena balik awal sebab saya pereksa.tapi masalahnya sekarang ialah sya lagi kesian sebab langsung tak boleh bersuka ria.tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ,ada massa ke anda mahu study subjek tu ?nie ditujukan kepada saya .hahah.memang tak ah nak study .baik selamat dah study awal-awal lagi ,so relaks sekejap .

                                                                       

nie bridesmaid kakak etty kahwin .thank kakak etty dan kakak timah for sponsor tudung dengan baju kurung.
berjalan -jalan.


sehari lepas majlis tu ,kitaorang nie balik lah.saya apa lagi,satu hari menghadap buku teknologi kejuteraan .hahaha.tapi alhamdulilah ,baik selamat senang ,kalau tak memang menyesal tak sudah .masa nak datang sekolah,sapa ntah yang nyayi lagu selamat pengantin baru(baik selamat kelas 5 jazari  je yang ambil subjek nie,kalau tak hmm),firstly2 blur juga sebab datang lambat ,rupa-rupanya diorang nie mengajing saya rupanya .hahaha .maybe sebab saya langsung tak datang class tambahan teknologi kejuteraan kot sebab ada majlis kahwin .


                                

                       

                              
so tamatlah sudah alam persekolahan dari 4 tahun hinggalah 17 tahun .maka tamatlah juga entry untuk kali ini .bye

Hari-hari terakhir alam persekolahan part 1 (graduasi)




Assalamualaikum dan hye kepada para pembaca.Disebabkan nie entry yang ke-4 pada tahun nie ,so saya nak habaq sedikit lah pasal kehidupan saya pada hari-hari terakhir alam persekolahan.Masatu (tahun lepas 2017)saya menduduki perperiksaan yang penting dalam hidup sya iaitu SPM, so hari-hari terakhir alam persekolahan saya pada masa tu adalah hari yang amat mendebarkan dan memeningkan.Saya terpaksa susun jadual harian saya semula disebabkan semuanya dah berubah.Walaupun masa tu ,banyak perkara nak kena fikir lebih-lebih lagi tentang pelajaran dan kerja kursus,tetapi disebabkan kelas kitaorang 5 jazari tak terasa pun nak dekat periksa .Masing- masing santai je macam orang tak periksa je tahun tu .maybe kitaorang  tak ready lagi kot tu yang tak  terasa sangat nak dekat dah SPM .saya ulang lagi SPM okey ! kecuali saya lah memang masatu sya terasa lah hari-hari yang sangat pantas telah berlaku kepada diri sya.


Disebabkan tahun tu tahun terakhir kitaorang ,so mestilah sekolah smkpp buat graduasi .Serius lah cakap masatu rasa macam urgghhh ,maybe budak form 5 yang lain termasuk budak kelas saya sendiri mesti bersorak kegembiraan,dah pikir nak pakai baju lawo-lawo tapi perkara ini tak mampu membuat sya gembira okey,masa nie banyak benda nak fikir(perempuan kan) ,baju lawo nak pakai nanti ,nak kena selongkar robok lagi ergghh(sebenarnya nak pakai baju biashe-biashe tapi kawan kelas dah sibuk bincang baju diorang ,warna apa korang pakai lah?,dress ke?,baju kurung ke?)malas sangat nak pikir masanie dan malas nak cari baju dalam robok,so sya pinjam baju kakak saudara je lahh .Thank kakak etty:) .sangat simple,peace:).lagipun masani,macam-macam benda nak kena fikir ,kena fikir nak study lah,nak baca buku sejarah lagi,nak buat homework,nak tidur awal sebab tak cukup rehat dan kerja kursus Teknologi kejuteraan lagi .urhhhhhhh



saya yang pakai baju warna pink bunga2 dekat kereta tu .muka dah lah hitam.masanie tak pakai bedak pun sebab ntahlahh malas nak bersiap  .tak rasa bersemangat langsung .hahahaaha.okaylahh nie semua pelajar 5 JAZARI yang akan mengambil peperiksaan spm pada tahun 2017.


Pastu nak jadikan cerita lah pulak ,masatu masing-masing tawarkan diri lah pulak nak buat persembahan untuk majlis graduasi.Masatu ,serius saya cakap YA ALLAH ,tensionnyaaaa .malasss .bukan tak sporting tapi banyak lagi kerja nak buatttt dekat kepala.Pastu diorang ajak stayback petang tu .okaylah ,disebabkan nie tahun terakhir ,so on lah walaupun hati rasa nak balik cepat dekat rumah nak mandi, nak basuh baju, nak makan,nak buat karangan bm yang menimbun,nak macam-macam lagi lahh (nanti sampai habis entry nie pasal nak tak habis-habis).so petang tu pulakkk ,ada je,manusia-manusia tak nak bekerjasama,so tak siap-siap persembahan graduasi kitaorang .last-last biashe je persembahan tu .Dah lah masatu sya malass nak dtang petang tu,pastu saya kena marah pulak dengan someone tu ,(padahal benda tu boleh cakap baik-baik tak payah lah nak tengking orang (sya duduk dekat pentas dan tak tahu pulak kena bangun)pastu dia tidak minta maaf pun.okey faham maybe masing-masing stress tu yang emosi tak stabil tu .besokknya diorang ajak stayback lagi ,sorry malasss.persembahan tu sebenarnya tak perlu berlatih pun .sangat membazir masa.masatu nak je cakap,persembahan nie biashe sangat lah cuba buat persembahan kreatif sedikit dan tak perlu berlatih ,tapi masatu yakin sangat masing-masing tak nak dengar pendapat i ,yellllahh i nie sape kan?lolllllll.



nie full budak 5 jazari .peace.sya yang paling tak lawooo sekali.rindu lah pulak.

okey lah nie sedikit gambar-gambar masa graduasi 2017 .



akan sentiasa diingati .
Dari kanan ke kiri :mirul,dinah,azfar,syamira,asmaa,izzah.Diorang nie yang pengang microphone.saya dekat belakang tu melambai je tangann .lambai tangan je pun masa tu tapi rasa awkward maybe sebab depan ramai budak form 5 dan cikgu 
nie masa nie nak ambil sijil graduasi dekat atas pentas.debar lah pulak .tak muka memang macam tu ,memang tak lawoo.thank cikgu ambil gambar sya.dari dpan :Aisyah,ketty,mai,saya,syazana.Nie mengikut nama dan angka giliran SPM .Diorang nie duduk berdekatan dengan sya waktu SPM ,waktu periksa ,waktu berbaris untuk masuk dewan,waktu dekat sudut komuniti dan waktu ambil keputusan spm nanti .INSYAALAH.semuannya akan cemerlang.  

masanie kitaorang buat persembahan .okaylahhhh .thank kepada izzah dan yang lain yang penat daripada saya yang berusaha membuat persembahan .
hye ganiesh gobi .paling handsome dalam kelas .lolll .taklah tipu je.
tengok luar mana tahu boleh dapat sinar cahaya matahari boleh putih sedikit .(tapi hitam jugakk)
hye aisyah sengall.haha comel je perangai dia nie  .kelakar :) makwe ganiesh .lollll .taklah tipu je 

khalilahhh .sya rindu kamuuu. auchhhh.:)

nie gambar masa ambil sijil graduasi atas pentas .hahha.mata terpejam.serius masa nie tak nampak langsung bila ambil sijil macam orang buta .hahah .gementar punya pasal.

sekali sekala ,tak pa kan? .bukan orang yang tak lawa,tapi camera handphone yang tak lawo.

My bestie ,khalilah .paling rapat dan paling banyak bercakap .

belum bersediaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak spmmm masa nie lah.choiiii :)


bye dan assalamualaikum .sorry kalau korang bosan membaca luahan perasaan ku ini .hahah.sorry banyak typo.Nantikan hari-hari terakhir alam persekolahan part 2(waktu peperiksaan berlangsung)

Isnin, 29 Januari 2018

Rahsia untuk turunkan berat badan



Hasil carian imej untuk buah
Hye .kalau korang nak tahu nak turunkan berat badan sebenar - benarnya adalah sangat senang dan simple bagi saya lah . korang tak perlu lah nak pening kepala dan terbeban sangat dengan berat badan korang tu sebab berat badan korang tu sebenarnya yang akan membantu korang sebenarnya untuk teruskan hidup . Jikalaulah berat korang tu dah melampau sangat perlulah turunkan untuk active dalam pergerakkan.Okaylahhh ,saya akan memberi sedikit tip untuk turunkan berat badan korang berdasarkan pengalaman saya lahh.Korang bolehlahh ambil apa yang patut .Good luck.



1) Mesti ambil sarapan pagi



Hasil carian imej untuk buah
 - saya seorang yang sangat simple dalam memilih makanan .saya tak suka ambil makanan berat pada waktu awal pagi sebab nanti akan sakit perut. perut saya akan meragam.so saya akan ambil sarapan berat pada waktu tidak awal pagi iaitu pada pukul 8 ~ 10 pagi .Tak awal sangat ,tak lambat sangat.Tak kisahlah menu sarapan apa korang akan makan , yang pasti mestilah tidak mempunyai makanan yang berlemak seperti coklat ,pizza dan lain- lain .Bagi tip sayalahh , pada waktu pagi korang bolehlah makan buah - buahan (saya memang peminat buah hehehe).contohnya ,buah tembikai ,buah apple ,buah strawberry ,buah blueberries,buah kiwi dan lain -lain.Klau minuman ,saya akan minum susu kacang soya ,susu lembu,susu kambing dan lain-lain .Tetapi sesiapa yang tak mampu tak digalakkan lah untuk mengikuti tip saya ni.*jangan minum minuman manis yang mengandungi gula yang tinggi.




 2) Mesti ada target berat badan yang korang mampu bertahan

  - contohnya : kalau korang rasa mampu betahan selama sebulan ,so korang kena target berapa yang korang mampu turunkan.Ingat jangan target terlalu tinggi sebab akan menyebabkan korng akan makin stresss.


3)Mesti ada penimbang berat badan

- korang mestilah ada penimbang sebab korang perlu check berat badan korang tu sepanjang korang punya target kurus berjalan. penimbang berat badan sangatlah membantu korang sebenarnya untuk lebih berdisplin dan bersemangat untuk mencapai target korang tu .korang perlulah check berat korang pada waktu pagi selepas sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur sebab korang boleh adjust ,korang punya pemakan harian korang ,apa yang perlu korang makan dan makanan yang menyebabkan berat korang bertambah yang patut korang elakkan .

Hasil carian imej untuk penimbang berat badan



3) Memilih saiz  pinggan yang kecil semasa makan

- korang perlulah cuba tip ini sebab ia sangat membantu ,kalau pinggan kecil ,kadar makanan korang juga akan sedikit ,kalau pinggan besar ,kadar makanan korang pun akan sama banyak macam pinggan korang tu . pada mulanya, korang akan rasa tak biasa tetapi lama- lama korang akan terbiasa.saya sangat sukakan sudu kecil (tak tahu kenapa tah hehe) .bila korang punya sudu kecik ,korng akan hadam makanan korang tu dengan perlahan.
.
                                                          Hasil carian imej untuk pinggan


4) Makan nasi sehari sekali

-korang jangan pernah lah nak skip makan nasi sbb nasi nie akan memberi korang tenaga nanti .kalau korang tak makan nasi ,badan korang akan lemah ,lagi cepat korang akan berputus asa dalam ingin menurunkan berat badan .so please ingatt jgn pernah terfikir kalau tak makan nasi lagi cepat kurus (mmg cepat kurus tetapi ia sangat membebankan korng lagi adalah sebab bila korang skip makan nasi selama seminggu ,selepas seminggu tu mesti korang akan cari nasi balik dengan kuantiti yang
banyak ,ia akan merosakkan korang punya harapan &target)* kuanti nasi yang diambil haruslah berpada- pada ,jangan ambil sampai 4 pinggan senduk lahh.




                                                      Hasil carian imej untuk nasi



5) makan conflake bila rasa nak menguyah dan lapar

-saya akan makan conflake bila saya lapar ataupun waktu lepas makan dan mahu tambah lagi makanan tu ,saya akan batalkan niat untuk tambah makanan tu dan menguyah conflake
.seriusss ,dengan makan conflake berat badan saya akan berkurang sangat- sangat .tetapi jangan makan nasi lahh tau.


                                                    Imej yang berkaitan



6) Serius dan berdisiplin dalam mencapai berat badan yang diingini

-seriuss lahh ,semasa tengah turunkan berat badan akan adanya banyak cabaran yang waktu tu lah nak muncul .grrrrr waktu lain tak nak pula muncul pulak  . tetapi kalau korng kuat dan serius ,korang akan mampu tepis dengan jayanya cabaran tersebut .waktu korang tengah turunkan berat badan ,korang jangan jadi seperti orang lupa ingatan pula .Maksudnya ,eehh hari nie termakan ayam goreng 2 ketul lahh ,besok diet lahh ,besoknya ,,ayat korng pun macam tu juga ,pura -pura hilang ingatan .kesudahanya tak diet dan tidak serius untuk menurunkan berat badan .


7)Membuat resepi mengikut cita rasa diet  makanan korang sendiri

-tetapi setiap resepi korang tu mestilah letak sayur atau buah -buahan .makanan korang tu mestilah tidak ada minyak yang banyak tetapi lebih bagus kalau masak makanan menggunakan kaedah rebus seperti sup ayam atau sebagainya atau  kaedah memanggang .kalau nak guna minyak disarankan untuk menggunakan olive oil.



                                                  Imej yang berkaitan

                                                  
                                               
                                                     Imej yang berkaitan
8 ) bersenam
-korang mestilah bersenam tau .korang bolehlah bersenam dengan cara korang sendiri .boleh bukak youtube jika ia boleh membantu korang


byeee .thanks sebab baca sampai habis.korang bolehlah cuba tip ini.Tip ini berdasarkan pengalaman saya sahaja .kalau korang rasa membantu bolehlah ambil yang tak patut tu bolehlah dijadikan pendoman hidup tau .good luck! semoga berjaya !


AH BOYS TO MEN REVIEW

AH BOYS TO MEN THE SERIES   \\ Review: Movie berkisahkan yang diaorang nie kena masuk latihan wajib tentera iaitu di negara diorang sendiri...